VISI SIFU SENI KHAT

 

DIA cintakan penulisan khat Arab.

Penulisan yang membawanya merantau hingga ke luar negara seperti Iraq, Singapura, Kuwait, Baghdad serta Iran.

Malah, beliau dilantik hakim dalam pertandingan khat di Brunei dan Istanbul.

Selain sering mengadakan pameran lukisan kaligrafi, beliau turut mengabadikan penulisan khatnya di Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Sultan Mizan.
Mohammed Yusof Abu Bakar atau Ustaz Mohammed antara generasi pertama negara ini yang berjuang untuk mengembangkan penulisan khat yang berasal dari negara Arab.
“Pelbagai jenis khat berkembang sejak zaman Rasulullah SAW seperti khat Diwani, khat Diwani Jali, khat Farsi atau khat Iran yang tidak mempunyai baris dan khat Riq’ah.

“Namun, belum wujud lagi penulisan khat Melayu yang menjadi identiti dan kebanggaan masyarakat Melayu,” katanya yang juga Koordinator penulisan khat di Yayasan Restu.

Beberapa negara seperti India, Turki dan Iran mempunyai bentuk penulisan khat mereka yang tersendiri justeru, kajian dan penyelidikan perlu dibangunkan untuk mencungkil satu gaya penulisan khat Melayu kerana kita masih mengguna pakai penulisan khat dari Arab.

“Pada masa yang sama, penubuhan kolej atau sekolah seni khat yang berstatus kerajaan perlu ditubuhkan agar penulisan khat al-Quran diberi perhatian sepenuhnya.

“Kami berharap usaha untuk memperbanyakkan tempat mendalami pendidikan ini supaya Malaysia boleh menjadi pusat pembelajaran khat yang disegani.

“Inisiatif kepada golongan muda dan remaja mampu meneruskan kesinambungan penulisan khat di Malaysia sekali gus meluaskan peluang pekerjaan dalam bidang kaligrafi,” katanya.

Bertindak sebagai Presiden Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), beliau turut menyatakan kesukarannya menyediakan kursus penulisan khat tanpa bantuan dan peruntukan sewajarnya.

Mohammed yang mendapat pendidikan di Universiti Al-Qahirah, Mesir menyeru golongan remaja mempelajari penulisan seni khat sejak di bangku sekolah.

“Penulisan khat kini lebih mudah dipelajari apabila teknologi yang membangun turut memberi impak dalam mengembangkan seni khat.

“Ia boleh dianggap persaingan dalam perniagaan, namun apa yang lebih penting, masyarakat menyedari dan menghayati seni Islam itu,” katanya.

Pada masa yang sama, PSKK mengadakan Kursus Seni Khat dan Kraf 2013 di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) meliputi gaya penulisan khat Nasakh, khat Riq’ah, khat Kufi, khat Zukhrufah, khat Thuluth, khat Kufi Murabba dan kraf kanvas.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti kelas itu bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang pada setiap hari Sabtu dan berakhir Jun ini.

Hubungi Puan Rukiah di talian 017-8880145, Abdul Wahab (019-3936269) dan Nizreen (03-22705103) atau layari www.facebook.com/pskkm untuk maklumat lanjut.

http://www.hmetro.com.my/articles/Visisifusenikhat/Article

TEMPAHAN KHAT RUBBER STAMP – PROMOSI FEBRUARI 2013 HANYA RM25.00

Suka cita dimaklumkan.. pihak admin Khat Rubber Stamp menawarkan promosi terkini kami. Hanya dengan RM 25.00, sedia dihantar / diposkan ke alamat anda. Boleh Rujuk iklan promosi di atas.

Selain digunakan untuk urusan kerja, ianya juga boleh dijadikan koleksi peribadi anda. Jangan ketinggalan.. Promosi ini hanya dari 1/2/2013 – 28/2/2013. Kini kami hadkan kepada 1000 tempahan pertama sahaja. Selamat Menempah!!!

Untuk cara-cara tempahan:-

Untuk Pembayaran :-

Borang tempahan :-

Boleh download –> Isi Borang –> Scan –> emailkan ke khatrubberstamp@zainnur.com atau faks kan ke 03-6205 3158.

Sekiranya mempunyai masalah dengan cara di atas, pihak kami juga tidak keberatan menerima tempahan dengan hanya memaklumkan details yang kami perlukan seperti di dalam borang tempahan. Butir-butir yang diperlukan boleh hantar dengan pelbagai cara yang selesa bagi pihak anda:-

1. Hubung kami ke talian 03-6205 3388

2. Emailkan ke khatrubberstamp@zainnur.com

3. Private/ personal message (PM) di Facebook Khat Rubber Stamp

4. SMS ke 019 – 348 6618 / 019 – 333 5138.

Admin Khat Rubber Stamp (zainnur.com) – 03 -6205 3388   –  FB : Khat Rubber Stamp

TEMPAHAN KHAT RUBBER STAMP

Assalamualaikum Wr. Wb.

Sempena Tahun 2013, Produk Khat Rubber Stamp kami bernafas baru…

Jemput Layari dan Jemput ‘Like’ page Facebook Rasmi kami di

KHAT RUBBER STAMP

http://www.facebook.com/pages/Khat-Rubber-Stamp/546301252055759

Terdapat Pelbagai contoh boleh anda dapati. Pastikan anda Like page kami untuk mengetahui promosi terkini dan promosi bulanan kami. Jangan ketinggalan..

Untuk Cara tempahan dan Borang Tempahan boleh klik link dibawah:-

CARA TEMPAHAN & BORANG TEMPAHAN KHAT RUBBER STAMP

KURSUS SENI KHAT & KRAFT 2013

Assalamualaikum.. Dijemput sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Seni Khat & Kraft 2013 anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan.

Permohonan penyertaan masih dibuka sehingga 16 Februari 2013. Berikut merupakan iklan kursus, jadual dan borang penyertaan. Lokasi map juga disertakan di bawah.

location map

 

-Zainurrahman Afandi

MELAWAT PAMERAN BERSAMA SAHABAT

Kunjungan melawat Pameran Seni Khat di Muzium Al-Quran Melaka bersama sahabat seperjuangan. Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga berkunjung ke pameran sendiri disebabkan kesibukan kerja dan kekangan masa.  Semoga ianya memberi manfaat.

Terima kasih kepada semua yang memberi kerjassama dan sokongan.

Jazakumullah Khairan Katsiraa..

-Zainurrahman Afandi-
  HP :019-6618138 ,  PEJ :03-6205 3388    Email ibnuafandi@zainnur.com

 

KHAT STICKER

Pihak kami menyediakan pelbagai perkhidmatan produk KHAT STICKER  dimana kami cuba mengaplikasikan pelbagai teknik dan jenis serta kepakaran & kreativiti yang ada untuk memenuhi citarasa anda mengikut bajet anda.

Bagi yang berminat dan ingin bertanya lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 03-6205 3388 atau boleh emailkan ke khatsticker@zainnur.com.

Ekspresi Seni Khat, Manifestasi Seni Islam

Admin-zainnur.com

SELAMAT TAHUN BARU 2013

 

PAMERAN SOLO SENI KHAT DI MUZIUM AL-QURAN MELAKA

 Di alu-alukan berkunjung ke Muzium Al-Quran Melaka sempena Pameran Solo Seni Khat Zainurrahman Afandi. Pameran dilanjutkan sehingga Maulidurrasul.  Anda boleh membeli atau menempah karya-karya yang dipamerkan.

Ekspresi Seni Khat, Manifestasi Seni Islam.

 

Seni Khat Pada Peti Simpanan Warkah Rasulullah SAW

Petikan Buku WARISAN TAMADUN ISLAM